Thursday, August 6, 2009

Guru-guru Prasekolah Hulu Selangor Belajar Tarian




Pada 11 Julai dan 6 Ogos, semua guru prasekolah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Asas Seni Tari yang diadakan di Dewan SK Antara Gapi dan SJK (C) Batang Kali yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor. Juru tari yang dijemput adalah Pn. Normadhiah Abdul Manaf yang berpengalaman uas dalam tarian tradisional.

Objektif kursus ini adalah mendedahkan guru prasekolah kepada asas-asas tarian tadisional yang dapat dipraktikkan untuk mengajar murid-murid prasekolah bagi memantapkan diri dalam Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Hulu Selangor pada 19 Ogos 2009 nanti. Tarian-tarian yang diajar adalah joget, zapin dan inang. Prasekolah SK Kalumpang akan menghantar kumpulan tarian. Ilmu yang telah diperoleh banyak membantu kami menyediakan pasukan kami. SEMOGA KAMI BERJAYA.... Insyallah.

Wednesday, August 5, 2009

Hari Jadi Aqilah




Pada 3 haribulan Ogos, Aqilah dari Kelas Pra Anggerik telah menyambut hari jadinya yang ke-6 tahun bersama kawan-kawan di sekolah. Ibunya telah menyediakan kek yang besar untuk diraikan bersama. We wish you "HAPPY BIRTHDAY AQILAH, MAY ALLAH BLESS YOU AND GOOD LUCK".