Tuesday, November 10, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH HULU SELANGOR







Pada 26 - 28 hb Oktober yang lalu guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Pelbagai pengisian dan input yang berguna disampaikan oleh barisan jurulatih-jurulatih utama Hulu Selangor. Semoga dengan adanya kursus ini maka guru-guru prasekolah Hulu Selangor akan menjadi lebih efisyen, inovatif, kreatif, cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah.

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN HARI JADI MEI- OGOS






Wajah-wajah ceria birthday boys and girls.


Ust. Shukri sudi membacakan doa. Semoga anak didik kami sukses dalam pelajaran serta menjadi anak yang soleh. Amin....




Guru-guru yang turut sama memeriahkan majlis.

Sambutan hari jadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Mei - Ogos diraikan pada 14 Ogos 2009 dalam suasana sederhana tetapi meriah.

SESI FOTOGRAFI 2009

Murid-murid Kelas Pra Dahlia bergambar bersama Tn. Hj. Hamdan (PK Koku), Pn. Suriati (PPM), Pn. Norma (Guru Kelas) dan Ustz. Maszilah (Guru Pendamping).


Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan sesi fotografi bagi ketiga-tiga kelas iaitu Kelas Dahlia, Anggerik dan Seroja.

Thursday, August 6, 2009

Guru-guru Prasekolah Hulu Selangor Belajar Tarian




Pada 11 Julai dan 6 Ogos, semua guru prasekolah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Asas Seni Tari yang diadakan di Dewan SK Antara Gapi dan SJK (C) Batang Kali yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor. Juru tari yang dijemput adalah Pn. Normadhiah Abdul Manaf yang berpengalaman uas dalam tarian tradisional.

Objektif kursus ini adalah mendedahkan guru prasekolah kepada asas-asas tarian tadisional yang dapat dipraktikkan untuk mengajar murid-murid prasekolah bagi memantapkan diri dalam Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Hulu Selangor pada 19 Ogos 2009 nanti. Tarian-tarian yang diajar adalah joget, zapin dan inang. Prasekolah SK Kalumpang akan menghantar kumpulan tarian. Ilmu yang telah diperoleh banyak membantu kami menyediakan pasukan kami. SEMOGA KAMI BERJAYA.... Insyallah.

Wednesday, August 5, 2009

Hari Jadi Aqilah




Pada 3 haribulan Ogos, Aqilah dari Kelas Pra Anggerik telah menyambut hari jadinya yang ke-6 tahun bersama kawan-kawan di sekolah. Ibunya telah menyediakan kek yang besar untuk diraikan bersama. We wish you "HAPPY BIRTHDAY AQILAH, MAY ALLAH BLESS YOU AND GOOD LUCK".

Thursday, July 30, 2009

Aktiviti Main Air

Pada hari Rabu (29.07.2009), tiga Prasekolah SK Kalumpang telah bergabung untuk menjalankan aktiviti main air. Dari segi sosioemosi ianya bertujuan untuk menyemai sikap toleransi dalam kalangan murid prasekolah apabila mereka berkongsi kolam. Dari segi kognitif, konsep tenggelam timbul juga diberi.

Sambil bermain air dan mandi-manda, murid-murid didedahkan dengan konsep tenggelam timbul.






Seronoknya dapat mandi bersama kawan-kawan. Tak dapat kolam besar, kolam kecilpun jadilah. Bukan selalu nak dapat peluang main air dengan kawan-kawan....

Thursday, July 23, 2009

Zuhair's Birthday




Hari ini bersamaan dengan 23 Julai 2009, Zuhair telah menjamu semua warga Pra Dahlia. Nampaknya Zuhair seronok kerana dapat meraikannya bersama rakan-rakannya. Rakan-rakannya tumpang sekaki. Untuk Zuhair, kami warga Prasekolah SK Kalumpang mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY TO YOU".

Friday, June 12, 2009

Temasya Sukan Prasekolah SK Kalumpang










Tanggal 9 April (Khamis) yang lepas, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan hari sukannya. Antara objektifnya adalah dapat memupuk minat kanak-kanak untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan. Alhamdulillah, temasya tersebut telah berjalan dengan lancar hasil gandingan bersama guru-guru Pra, PPM, guru pelatih UPSI serta ibu bapa. Kanak-kanak Pra sungguh seronok dan masing-masing telah berusaha untuk menunjukkan bakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah larian, senamrobik dan acara untuk ibu bapa. Sokongan daripada ibu bapa juga amat baik. Tahniah kepada semua. Semoga tahun hadapan kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi. (Buletin ini telah diupload lama, because of technical problem somewhere, saya upload lagi)

Friday, February 20, 2009

Aktiviti Prasekolah SK Kalumpang


Pra Dahlia




Bermain plastisin baik untuk motor halus.












Buat apa tu? Amboi Riezman dan Asraf, lebarnya senyum....











PPM Pn. Su, Pn. Norma dan Pn. Mastura (pelajar UPSI) bersama kanak-kanak Pra Dahlia.


Kelas Pra Dahlia diuruskan oleh Pn. Norma dan PPM Pn. Su. Kelas ini mempunyai 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.

Pra Anggerik



Tekunnya adik-adik ini membuat tampalan dan lihatlah hasilnya.......menarikkan!

















Cik Aisyah mengaplikasikan teori dalam p/p.


PPM Pn. Rohaizah, Cik Masitah dan Cik Nurul Aisyah (pelajar UPSI) bersama kanak-kanak
Pra Anggerik


Pra Anggerik dikendalikan oleh Cik Masitah dengan dibantu oleh PPM Pn. Rohaizah. Kelas ini terdiri daripada 25 orang kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.