Friday, February 12, 2010

LAWATAN JURURAWAT GIGI




Jururawat gigi dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu telah mengadakan lawatan ke Prasekolah SK Kalumpang . Mereka memberi ceramah tentang penjagaan gigi serta membuat pemeriksaan gigi.

Thursday, February 11, 2010

LATIHAN SUKAN PRASEKOLAH





Latihan senamrobik dijalankan untuk persembahan pada Hari Sukan Prasekolah SK Kalumpang 2010.







Prasekolah SK Kalumpang akan mengadakan Hari Sukan pada 2 Mac 2010. Latihan telahpun diadakan sejak 24 Januari yang lalu. Beberapa acara balapan dan sukaneka akan dipertandingkan pada hari tersebut. Setiap hari kecuali hari Isnin guru-guru dan murid-murid pra menjalani latihan. Kehadiran guru praktikum daripada Unisel banyak membantu dalam melicinkan lagi latihan sukan ini.

Tuesday, November 10, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH HULU SELANGOR







Pada 26 - 28 hb Oktober yang lalu guru-guru prasekolah daerah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Pelbagai pengisian dan input yang berguna disampaikan oleh barisan jurulatih-jurulatih utama Hulu Selangor. Semoga dengan adanya kursus ini maka guru-guru prasekolah Hulu Selangor akan menjadi lebih efisyen, inovatif, kreatif, cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah.

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN HARI JADI MEI- OGOS






Wajah-wajah ceria birthday boys and girls.


Ust. Shukri sudi membacakan doa. Semoga anak didik kami sukses dalam pelajaran serta menjadi anak yang soleh. Amin....




Guru-guru yang turut sama memeriahkan majlis.

Sambutan hari jadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Mei - Ogos diraikan pada 14 Ogos 2009 dalam suasana sederhana tetapi meriah.

SESI FOTOGRAFI 2009

Murid-murid Kelas Pra Dahlia bergambar bersama Tn. Hj. Hamdan (PK Koku), Pn. Suriati (PPM), Pn. Norma (Guru Kelas) dan Ustz. Maszilah (Guru Pendamping).


Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan sesi fotografi bagi ketiga-tiga kelas iaitu Kelas Dahlia, Anggerik dan Seroja.

Thursday, August 6, 2009

Guru-guru Prasekolah Hulu Selangor Belajar Tarian




Pada 11 Julai dan 6 Ogos, semua guru prasekolah Hulu Selangor telah menghadiri Kursus Asas Seni Tari yang diadakan di Dewan SK Antara Gapi dan SJK (C) Batang Kali yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor. Juru tari yang dijemput adalah Pn. Normadhiah Abdul Manaf yang berpengalaman uas dalam tarian tradisional.

Objektif kursus ini adalah mendedahkan guru prasekolah kepada asas-asas tarian tadisional yang dapat dipraktikkan untuk mengajar murid-murid prasekolah bagi memantapkan diri dalam Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Hulu Selangor pada 19 Ogos 2009 nanti. Tarian-tarian yang diajar adalah joget, zapin dan inang. Prasekolah SK Kalumpang akan menghantar kumpulan tarian. Ilmu yang telah diperoleh banyak membantu kami menyediakan pasukan kami. SEMOGA KAMI BERJAYA.... Insyallah.

Wednesday, August 5, 2009

Hari Jadi Aqilah




Pada 3 haribulan Ogos, Aqilah dari Kelas Pra Anggerik telah menyambut hari jadinya yang ke-6 tahun bersama kawan-kawan di sekolah. Ibunya telah menyediakan kek yang besar untuk diraikan bersama. We wish you "HAPPY BIRTHDAY AQILAH, MAY ALLAH BLESS YOU AND GOOD LUCK".