Friday, June 12, 2009

Temasya Sukan Prasekolah SK Kalumpang










Tanggal 9 April (Khamis) yang lepas, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan hari sukannya. Antara objektifnya adalah dapat memupuk minat kanak-kanak untuk bergiat aktif dalam aktiviti bersukan. Alhamdulillah, temasya tersebut telah berjalan dengan lancar hasil gandingan bersama guru-guru Pra, PPM, guru pelatih UPSI serta ibu bapa. Kanak-kanak Pra sungguh seronok dan masing-masing telah berusaha untuk menunjukkan bakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah larian, senamrobik dan acara untuk ibu bapa. Sokongan daripada ibu bapa juga amat baik. Tahniah kepada semua. Semoga tahun hadapan kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi. (Buletin ini telah diupload lama, because of technical problem somewhere, saya upload lagi)